Kelas Microsoft Office Word (Asas Membuat Graf Bar)

25 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Isnin, 24 Disember 2018, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Microsoft Office Excel iaitu ‘Asas Membuat Graf Bar’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahri bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 6 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai cara asas membuat graf bar menggunakan program Microsoft Office (MS) Excel.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada mulanya diajar dan diterangkan secara satu-persatu cara membuat graf bar menggunakan program MS Excel dan kemudian setiap peserta diberikan tugasan untuk membuat semula graf bar mengikut cara yang telah ditunjukkan.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali